Pernah tak anda tengok lengan sendiri, tiba-tiba ada bulu roma panjang sehelai. Ada satu bulu yang tumbuh panjang daripada yang lain?
Mesti tiba-tiba tertanya, “eh kenapa ni, bahaya ke tak ya”
Jadi, kenapa ada bulu roma panjang sehelai ni? Bahaya ke? Jom baca lebih lanjut pada artikel dibawah
Kenapa ada Bulu Roma Panjang Sehelai? Bahaya ke?
“Normal ke kalau ada bulu roma panjang sehelai ni, bila tarik, punyalah panjang”
Jangan risau, kerana segelintir orang melalui situasi yang sama. Walaupun tiada satu perkataan khusus untuk bulu roma panjang sehelai ini, tetapi terdapat beberapa penjelasan tentang fenomena ini.
Tidak Bahaya, Tetapi Apakah Penyebab Bulu Roma Panjang Sehelai?
Pakar dermatologi mengatakan bahawa bulu roma panjang sehelai tumbuh secara berbeza bergantung kepada faktor hormon dan genetik. Faktor hormon dan genetik memainkan peranan dalam berapa lama rambut tertentu akan tumbuh.
Jika anda mempunyai bulu pada badan anda yang tumbuh lebih panjang daripada biasa dan juga berwarna lain, ia mungkin disebabkan oleh beberapa faktor :
- Hormon
- Penggunaan krim yang boleh menyebabkan pertumbuhan rambut
- Terdapat pelbagai jenis folikel rambut pada manusia. Sesetengah folikel rambut lebih besar daripada yang lain, dan ini boleh disebabkan oleh genetik.
Sesetengah mutasi menyebabkan beberapa folikel rambut bertahan lebih lama dalam fasa pertumbuhan. Akibatnya, folikel ini mempunyai lebih banyak masa untuk menumbuhkan rambut yang lebih panjang. Dalam situasi ini, bulu yang lebih panjang.
Hormon yang berlaku di tempat yang berlainan, seperti dagu atau t-zone juga boleh mencetuskan pertumbuhan bulu abnormal ini. Walau bagaimanapun, secara amnya keadaan ini tidak berbahaya. Sekiranya mengganggu, anda boleh menggunting atau mencabut bulu tersebut.
Apapun bulu ini sangat nipis dan hampir dengan warna kulit kita dan ia hampir tidak kelihatan dibandingkan dengan bulu kita yang ‘normal’. Itulah sebabnya kadang-kadang kita memerlukan masa yang lama untuk mencari bulu rambut ini – ia terus tumbuh tanpa disedari.
Adakah Bulu Roma Itu Boleh Dibuang?
Anda boleh membuang bulu roma panjang sehelai tersebut dengan mengguntingnya. Tetapi ia akan tumbuh semula dengan panjang yang sama, dan anda perlu memotongnya kembali. Untuk cara lain, anda juga boleh mencabutnya supaya ia tumbuh dengan lebih lambat.
Beza Ingrown Hair dan Kanser Kulit (Melanoma)
Apakah itu Ingrown Hair?
Ingrown hair terjadi dimana anda mendapati rambut yang tumbuhnya ke arah dalam kulit. Ini bermakna, rambut anda tumbuh ke dalam kulit dan bukannya ke luar kulit. Ingrown Ingrown hair adalah situasi biasa yang berlaku kepada mereka yang bercukur atau mencabut bulunya.
Ini boleh menyebabkan keradangan, kemerahan dan benjolan kecil pada kulit yang baru dicabut atau dicukur. Untuk lelaki, ia boleh terjadi pada muka, dagu, pipi, dan terutamanya pada leher mereka. Manakala pada wanita, ingrown hair terjadi di ketiak, kawasan kemaluan dan kaki.
Jika anda mempunyai ingrown hair, ia bukanlah satu masalah yang serius, dan dapat dirawat dengan sendiri. Tetapi jika ia benar-benar mengganggu anda, anda boleh mengambil langkah untuk mengelakkannya daripada berulang dengan tidak menggunting atau mencukur rambut.
Namun, pertumbuhan ingrown hair yang kronik dapat menyebabkan:
- Infeksi bakteria disebabkan oleh kerap menggaru
- Penggelapan kulit (hiperpigmentasi)
- Bekas luka yang kekal (keloid)
- Pseudofolliculitis barbae atau dikenali sebagai razor bumps.
Apakah itu Melanoma?
Melanoma adalah jenis kanser kulit yang paling berbahaya. Walaupun ia adalah salah satu jenis kanser kulit yang kurang didengari, tetapi ia sangat serius kerana ia boleh merebak ke bahagian badan yang lain.
Lebih daripada 3,600 penduduk Queensland akan didiagnosis dengan melanoma setiap tahun. Pada 2019 sahaja, dianggarkan 1,725 rakyat Australia akan mati akibat penyakit itu.
95% kes melanoma adalah disebabkan oleh pendedahan kepada sinaran UV daripada matahari. Pendedahan tanpa perlindungan kepada matahari, terutamanya semasa zaman kanak-kanak, adalah salah satu faktor risiko utama untuk meningkatkan melanoma.
Cara Meningkatkan Serat Dalam Makanan
Makanan Yang Tidak Diperasakan Dengan Perasa Tambahan
“Lain la rasa nii, dah ikut sama macam dalam resipi, tapi kenapa dekat kedai tu lagi sedap? Dia ada letak bahan rahsia ke…”
Pernah tak rasa macam ni?
Rasa makanan boleh diubah dengan perasa tambahan yang akan menjejaskan deria kita. Perisa ini boleh menjadikan makanan lebih menyedapkan. Akan tetapi, “perasa tambahan” ini boleh mengubah ciri-ciri zat dan serat dalam makanan.
Jadi macam mana nak dapatkan perasa tambahan makanan yang semulajadi?
Cara Menyedapkan Makanan Tanpa Garam atau Perasa Berlebihan
Tahukah anda, bahan perasa semulajadi mempunyai kualiti tersendiri berbanding bahan tambahan perasa tiruan yang bersifat “instant“? Perasa semulajadi memberikan rasa yang lebih “original” dan menambahkan keharuman dalam masakan.
Selain itu, ia mempunyai khasiat tersendiri dan selamat digunakan dalam tempoh yang lama! Jadi, apakah bahan-bahan itu?
Ekstrak Vanila
Ekstrak vanila adalah larutan yang mengandungi sebatian perisa vanilla sebagai bahan utama. Ekstrak vanila perlu diproses dari kacang vanila iaitu dikenali sebagai Vanilla planifolia atau Vanilla tahitensia. Ekstrak vanila tidak boleh mengandungi sebarang pewarna tambahan.
Serbuk kayu manis
Serbuk kayu manis semakin mendapat perhatian kerana manfaat kesihatan serta khasiatnya yang tinggi. Kayu manis Ceylon mempunyai kandungan minyak kayu manis pati (Cinnamaldehyde) yang lebih tinggi, iaitu melebihi 70%.
Cinnamaldehyde adalah sebatian dengan rasa dan aroma yang lembut yang boleh membantu dengan paras gula dalam darah. Ia juga dapat mengawal antibakteria, anti-radang serta membantu mengawal berat badan.
Sama seperti ekstrak vanila, kayu manis ialah pemanis semula jadi yang boleh digunakan dalam makanan seperti roti, biskut, yogurt, oat dan kacang.
Madu
Ia bukan sahaja sumber nutrien yang hebat, tetapi memasak dengannya memberikan anda hasil masakan yang sempurna setanding dengan tukang masak professional!
Madu adalah bahan serba boleh yang boleh digunakan dalam penyediaan makanan dan minuman. Penggunaan madu dalam masakan boleh meningkatkan rasa hidangan yang pedas, berlemak, berherba dan manis!
Sebagai alternatif lain, kami mencadangkan Puff! Kini lebih mudah untuk menanggalkan bulu badan. Tiada lagi cukur atau waxing!
Gosok, gosok, gosok… dan poof! Bulu roma panjang sehelai anda akan hilang!
Kenapa perlu pilih Puff? :
- Boleh dibawa kemana-mana, masukkan sahaja dalam beg anda
- Kulit lembut macam bayi, rambut tumbuh lebih halus
- Rambut tumbuh lebih lambat, dan tumbuh selepas 3 minggu
- Menghilangkan sel kulit mati serta kulit menjadi lebih sihat
- Tidak menyakitkan
Lebih 15,000 pengguna telah berpuas hati! Apa tunggu lagi? Jom buang bulu roma panjang sehelai anda dengan Puff! Dapatkan sekarang dengan harga promosi di https://puffyourhair.com/