“Kenapa bulu kaki lebat ya?”
Banyak sebenarnya teori tentang mengapa bulu seseorang itu lebat ada pula yang halus sahaja.
Ramai yang memberi jawapan mudah seperti “Bulu lebat ni sebab hormon aje ni”.
Tetapi sejauh manakah kebenarannya?
Jom dapatkan jawapan yang betul daripada artikel ini!
Penyebab Bulu Kaki Lebat
Ya.. Benar antara punca bulu roma berlebihan adalah kerana hormon. Setiap orang mempunyai hormon yang berbeza.
Oleh sebab itu tidak kiralah wanita atau lelaki, pertumbuhan bulu roma mereka berbeza. Ada lelaki yang berbulu roma halus, ada pula wanita yang berbulu roma lebat.
Hormon yang bertanggungjawab untuk membantu pertumbuhan bulu roma adalah androgen.
Hormon ini dihasilkan oleh kedua-dua lelaki dan perempuan tetapi hormon ini juga disebut sebagai hormon lelaki.
Penghasilan hormon androgen yang berlebihan akan menyebabkan bulu tumbuh lebih banyak daripada biasa.
Ada juga beberapa keadaan kesihatan yang disebabkan oleh penghasilan androgen yang terlalu banyak.
Mengapa Ada Wanita Berbulu Lebat Di Kaki
Punca bulu roma berlebihan atau lebat dalam kaum wanita selalu dikaitkan dengan sindrom ovarium polikistik (PCOS).
PCOS adalah ketidakseimbangan hormon yang menyebabkan penghasilan androgen yang banyak, sekaligus menambah bilanga bulu badan.
Kajian daripada jurnal American Family Physician pada tahun 2012 telah mendedahkan PCOS menyebabkan 72% hingga 82% kes hirsutism dalam kalangan wanita.
Hirsutism adalah pertumbuhan bulu atau rerambut yang tidak normal pada tubuh badan seseorang terutama pada wanita.
Selain itu terdapat juga faktor-faktor lain menjadi penyebab pertumbuhan bulu yang tidak normal. Antara faktor itu adalah:
- hiperplasia adrenal kongenital
- tumor
- ubat-ubatan
- tiroid
- hyperprolactinemia
Sejarah Keluarga
Selain daripada hormon yang dihasilkan, genetik juga boleh menjadi penyebab kepada bulu yang tebal.
Jika ibu atau kakak dan mengalami hirsutisme ada kemungkinan anda akan endapat rambut pada muka atau tubuh badan yang berlebihan atau yang tidak diingini.
Penyakit ini diwarisi dan dianggap biasa malah dianggap bukan tanda gangguan.
Semakin Cukur, Semakin Lebatlah Bulu?
Rutin mencukur bulu sudah menjadi perkara biasa bagi sesetengah orang yang ingin tampil lebih yakin dalam penampilan.
Sebenarnya bulu yang dicukur tidak menjadi semakin lebat setelah dicukur. Tetapi bulu yang dicukur akan tumbuh lebih kasar.
Jadi bulu akan kelihatan banyak atau tebal kerana bulu tumbuh kasar.
Tetapi anda yang kerap bercukur, anda perlu berhati-hati dengan risiko ini:
- Kulit kering dan merekah
- Lebih mudah untuk luka dan mendapat jangkitan kuman
- Ingrown hair dan strawberry legs
Jangan lakukan ini jika anda mencukur bulu:
Cara Membuang Bulu Yang Selamat
Kami akan tunjukkan kepada anda cara membuang bulu dengan selamat!
Cara ini terbukti pantas, mudah dan tidak menyakitkan.
Penghapus bulu Puff boleh menghapuskan bulu-bulu pada tubuh dengan berkesan.
Anda cuma perlu gosok Puff mengikut pusingan jam dan bulu akan berkumpal, seterusnya dicabut dari permukaan kulit.
Yang bagusnya Puff ini, ia tidak akan menyebabkan ingrown hair. Sangat sesuai untuk mereka yang inginkan kaki yang halus.
Selain itu, Puff juga tidak akan melukakan kulit seperti pencukur atau wax.
Puff boleh digunakan sehingga 2 tahun.
Yup! Ia tahan lama.
Nak beli untuk mak, adik dan kakak pun no hal!
Tiada lagi razor bumps yang gatal. Cuma kulit yang halus tidak berbulu.
Konklusi
Jadi bagaimana?
Anda sudah tahu mengapa bulu kaki boleh tumbuh lebat dan kasar?
Jika anda risaukan kemungkinan anda mengalami PCOS, dapatkan nasihat daripada doktor.
Yang penting anda tahu cara membuang bulu dengan selamat.
Semoga artikel ini bermanfaat kepada anda. Kongsikan kepada rakan-rakan anda.
Terima kasih membaca!