Skip semua hair removal treatment yang mahal tu, guna petua buang bulu kaki panjang ni je pun dah ok!
Lecehkan bulu kaki panjang ni? Nak pilih baju pun perlu berhati-hati takut terserlah segala bulu itu!
Paling tak seronok bulu kaki yang di shave itu akan menyebabkan ingrown hair, kaki strawberry dan yang paling teruk risiko untuk luka!
Sudahlah terdedah dengan risiko itu, kaki boleh menjadi lebih kasar pula.
Jadi jom baca petua ini untuk kaki yang lembut tanpa bulu dan cela!
- Kunyit dan Garam
Petua ini sebenarnya sangat popular di India. Kunyit dikatakan boleh menghilangkan bulu yang tumbuh pada tubuh dengan semulajadi tanpa menyakitkan kulit.
Apa yang anda perlu lakukan:
- Campurkan kunyit hidup dan karam sehingga menjadi paste yang likat
- Sapukan pada kaki dan biarkan sebatian itu menyerap
- Sapu dan gosok kaki
- Cuci kaki
Cara ini dikatakan dapat melambatkan pertumbuhan bulu dan merawat kulit supaya semakin cerah dan tidak kusam lagi.
Cons:
Sedikit downside kepada petua ini adalah…. Kaki anda mungkin menjadi kuning setelah disapu dengan kunyit.
- Telur
Anda cuma perlukan telur putih dan gula untuk petua ini. Telur putih dikatakan boleh menghilangkan bulu dan membuang kotoran atas kulit
Apa yang anda perlu lakukan:
- Ambil 1 butir telur dan asingkan kuning dan putih telur
- Ambil bahagian putih sahaja dan campurkan dengan 1 sudu makan gula dan setengah sudu makan tepung jagung
- Kacau sehingga sebatian menjadi tebal dan seakan-akan paste
- Sapukan pada kaki
- Biarkan sehingga kering dan sebatian itu terkupas
- Ambil sehelai kain dan sapu sebastian yang kering itu dari kulit anda
- Lemon, gula dan madu
Jangan terkejut, ketiga-tiga bahan ini sebenarnya popular untuk kecantikan wajah dan menghilangkan bulu kaki.
Apa yang anda perlu lakukan:
- Perah setengah lemon dan campurkan ¼ cawan madu dan 1 cawan gula di dalam periuk
- Panaskan sehingga gula mencair. Biarkan ia sejuk supaya tidak membakar kulit
- Sapu kulit kaki dengan tepung jagung dan oleskan campuran tadi kepada permukaan kulit kaki
- Bungkus kaki dengan kain nipis dan biarkan selama 30 saat
- Tarik kain tersebut dari arah lawan
- Buah Betik dan Kunyit
Macam pelik petua ini, kan? Tetapi ini adalah petua yang disarankan untuk membuang bulu kaki panjang yang disarankan oleh orang ramai.
Apa yang anda perlu lakukan:
- Ambil buah betik secukupnya dan lenyekkan
- Tambah setengah sudu kunyit dan kisarkan sehingga dua bahan itu sebati
- Sapukan pada kaki dan biarkan selama 15 minit
- Bilas kaki sehingga bersih
- Kopi
Kopi ini seperti yang anda tahu agak kasar pada kulit dan boleh dijadikan scrub.
Tapi lain pula sekiranya anda ingin membuang bulu yang panjang. Ia boleh membantu menghaluskan kulit sambil ‘menarik’ bulu pada kulit.
Apa yang anda perlu lakukan:
- Campur kopi dan baking soda, pastikan kopi yang 0, bukan campuran 3 in 1
- Sapukan pada kaki
- Tawas dan Air Mawar
Air mawar dan tawas ini bahan yang popular di Pakistan dan India untuk membuang bulu yang panjang.
- Ambil air mawar dan tawas. Campurkan keduanya.
- Sapukan pada kaki dan biarkan sehingga kering.
- Ulang langkah pertama dan kedua sehingga sejam
- Untuk lebih mujarab, lakukan dengan kerap
Anda perlu ingat ini cuma petuanya sahaja. Petua tidak semestinya menjadi. Tetapi ada cari lain tak?
Sudah tentu ada.
- Krim penghapus bulu
Penggunaan penghilang bulu ini sangat mudah dan antara menjadi pilihan orang yang inginkan ‘quick and easy’ fix.
Cuma perlukan krim dan spatula krim. Sapukan dan biarkan beberapa minit sebelum menyapunya bersih dari kaki.
Kebaikan menggunakan krim penghapus seperti yang diketahui umum adalah mudah, cepat dan boleh didapati di mana-mana farmasi.
Tetapi harganya juga agak mahal jika untuk digunakan berkali-kali. Malah tiub atau botolnya juga sedikit seperti tidak berbaloi dengan harga yang dibeli.
Paling merisaukan ada terlalu banyak ‘krim’ penghapus bulu yang mencurigakan banyak dijual di Shopee. Bahan-bahannya jugak tidak dapat dipastikan ketulenan dan kesahihannya.
Nak tahu alternatif kepada krim penghapus bulu?
Teruskan membaca
- PUFF
Perkenalkan, Puff.
Puff adalah alat untuk ‘memadam’ bulu yang tidak menyebabkan sakit, luka atau melecet. Harganya sedikit mahal berbanding alat cukur dan krim penghapus bulu di pasaran tetapi Puff boleh digunakan selama 2 tahun.
Puff diperbuat daripada batu kristal yang mampu ‘memadam’ bulu yang ada dengan cara mengumpul gumpalan rambut dan meleraikannya daripada permukaan kulit.
Oleh itu anda disarankan untuk menggosok Puff mengikut arah pusingan jam supaya Puff dapat berfungsi dengan lebih baik.
Puff juga dapat mengelakkan kulit daripada lebam kecil akibat mencukur bulu.
Penggunaan Puff 3 kali dalam seminggu dapat menghindarkan kulit strawberi dan ‘ingrown hair’ dan menjadikan kulit anda halus dan mulus.
Nano-Crystalline Technology yang ada pada Puff membuatkan setiap gosokkan tidak sakit seperti digosok kertas pasir.
Kelebihan Puff:
- Mudah
- Cepat
- Harga lebih berpatutan
- Tahan selama 2 tahun
- Menggunakan Nano-Crystalline Technology
Kelemahan:
- Tidak sesuai digunakan pada kulit sensitif
Dah buat keputusan cara yang mana paling berkesan untuk membuang bulu?
Kongsikan bersama kami petua yang anda sendiri pernah cuba.
Terima kasih membaca!