Tekanan di Tempat Kerja: Jangan Bawa Stress Ke Rumah

tekanan di tempat kerja

Setiap individu mempunyai pekerjaan tersendiri. Tidak kira surirumah, bekerja sendiri, makan gaji, mahupun sebagai seorang majikan. Oleh sebab itu, setiap daripada kita pasti akan merasakan tekanan kerja pada tahap tertentu, tanpa mengira apa jua jenis pekerjaan.

Walaupun setiap individu menghadapi tekanan di tempat kerja tersendiri, ia tidak bermakna kita boleh bawa stress tersebut ke rumah. Hal demikian akan menyebabkan masalah lain bersama pasangan dan keluarga. 

Jadi, macam mana cara untuk kita elakkan bawa stress ke rumah? Jom baca lebih lanjut pada artikel di bawah! 

Punca Tekanan

tekanan di tempat kerja

Punca tekanan boleh dikategorikan kepada dua. Iaitu faktor dalaman dan faktor luaran. 

Stres boleh berpunca dari diri sendiri, dan faktor ini dikenali sebagai “faktor dalaman”. Faktor ini terjadi disebabkan oleh perwatakan dan peribadi seseorang itu sendiri. 

Personaliti yang boleh menyebabkan tekanan ialah personaliti yang sentiasa merasakan dirinya sentiasa betul, merasa gelisah jika harapannya tidak tercapai, dan juga seseorang yang sentiasa berfikiran negatif. 

Manakala “faktor luaran” berpunca daripada persekitaran, konflik di tempat kerja, hubungan sosial sesama keluarga mahupun kawan, masalah kewangan atau peristiwa traumatik.

Jenis Tekanan

tekanan di tempat kerja

Menurut Persatuan Psikologi Amerika (APA), terdapat tiga jenis tekanan yang berbeza: tekanan akut, tekanan akut episodik, dan tekanan kronik.

Tekanan Akut adalah tekanan yang boleh menyebabkan  gangguan emosi seperti kemurungan dan kesedihan, serta gangguan fizikal seperti sakit kepala dan gastrik yang berpunca daripada pertengkaran, kematian atau perpisahan. 

Manakala tekanan Akut Episodik adalah tekanan yang berpunca daripada tekanan yang telah berkumpul lama. Sebagai contoh, apabila seseorang diberi banyak tanggungjawab dalam masa tertentu, mereka mungkin merasa terlalu tertekan dan akhirnya mencapai titik putus.

Tekanan kronik pula merupakan sejenis tekanan yang dirasai dalam tempoh yang lama, seperti masalah kemiskinan, masalah kesihatan, menggunakan bahan terlarang, masalah rumah tangga, dan suasana tempat kerja yang toksik. 

Apa Jadi Kepada Tekanan?

Apabila kita menghadapi tekanan, badan kita mungkin bertindak dengan cara cuba menghadapi masalah tersebut, atau mengatasinya. Ini akan memberi kesan besar kepada kesihatan mental dan fizikal kita sama ada secara positif mahupun negatif. 

Tekanan adalah tindak balas semula jadi yang berlaku semasa menghadapi situasi yang sukar. Walau bagaimanapun, tidak semua tekanan membawa keburukan kepada diri kita. Ia boleh membantu kita untuk bekerja lebih kuat dan mengatasi cabaran yang sukar. 

Tetapi, tekanan yang berlebihan boleh membawa kesan negatif, seperti menyebabkan masalah kesihatan mental dan fizikal yang membawa kepada masalah emosi, dan mengubah tingkah laku kita.

Uruskan Stress Di Tempat Kerja

tekanan di tempat kerja

Terdapat banyak cara untuk menangani tekanan di tempat kerja. Sesetengah orang menguruskan tekanan sendiri, manakala yang lain mendapat bantuan daripada penyelia atau majikan mereka. 

Artikel ini akan menggariskan cara yang berbeza untuk menangani tekanan di tempat kerja, supaya anda boleh mula menguruskannya dari awal.

Jika anda berhadapan dengan stress di tempat kerja, tanggungjawab utama anda adalah untuk mengenali punca tersebut, sama ada ia berpunca daripada dalaman mahupun luaran. Kemudian anda boleh mengenalpasti strategi menguruskan tekanan yang dihadapi. 

Cara pertama untuk mengurangkan tekanan adalah dengan mengubah cara anda berfikir. Apabila anda melihat sesuatu secara positif, ia boleh membantu anda merasa lebih tenang dalam sesuatu keadaan, serta menjadikan anda lebih bahagia.

Seterusnya, anda boleh mengubah tingkah laku anda dengan bersikap tegas mengikut keutamaan. Ini boleh menjadikan kita lebih produktif. Tetapi, anda juga boleh mengurangkan tekanan dengan berjenaka, meluangkan sedikit masa untuk diri sendiri dan berfikir secara logik. 

Akhir sekali, cara untuk menguruskan stress di tempat kerja ialah dengan cara mengubah gaya hidup anda. Mengamalkan gaya hidup sihat termasuk makan makanan yang sihat, tidak merokok atau minum alkohol, bersenam secara teratur dan mengamalkan tabiat tidur yang sihat 

Tips Untuk Pekerja

tekanan di tempat kerja

1) Jika anda mempunyai masalah dengan seseorang di tempat kerja, anda boleh cuba berjumpa dengan mereka secara peribadi dan mencari penyelesaian. Masalah seperti ini sering terjadi disebabkan oleh salah faham kerana maklumat yang disebarkan oleh orang lain.

2) Penting untuk anda mengetahui tahap keupayaan diri untuk bersikap lebih tegas. Pekerja yang bagus sering dibuli daripada penyelia mereka dengan diberi beban kerja yang lebih berat. Hal tersebut akan menyebabkan ketidakpuasan hati di kemudian hari.

3) Work-life balance adalah penting untuk membantu memisahkan hal kerja dan kehidupan seharian. Dengan mempunyai prinsip work-life balance, pekerja akan menjadi lebih tegas dengan tidak membawa tugas kerja ke rumah. 

4) Sistem sokongan ialah seseorang yang boleh anda kunjungi apabila anda berasa tertekan. Maka, penting untuk pekerja mengenali sistem sokongan mereka. Mereka boleh mendengar dan membantu anda menyelesaikan masalah. 

5) Akhir sekali, jangan lupa untuk meluangkan masa untuk diri sendiri. Sebagai contoh, selepas bekerja untuk masa yang lama, anda layak berehat. Anda boleh pergi ke spa atau meluangkan masa melakukan hobi anda seperti memancing. 

Tips Untuk Ketua Atau Majikan

tekanan di tempat kerja

1) Jika sesuatu perkara tidak berjalan seperti apa yang kita mahu, kita perlu mengamalkan sikap terus terang dengan pekerja tentang perkara yang perlu diubah. Dengan cara ini, semua orang boleh berada di halaman yang sama dan perkara akan berjalan dengan lebih lancar.

2) Apabila anda memberi maklum balas, anda harus memberikannya kepada orang itu secara individu dan peribadi. Ini akan membuatkan mereka berasa dihormati dan meningkatkan peluang mereka untuk mendengar maklum balas dengan tepat.

3) Anda boleh memberi insentif seperti hadiah kepada pekerja yang layak untuk meningkatkan motivasi mereka, dan juga pekerja pekerja lain. 

4) Apabila seseorang menghadapi masalah keluarga atau sakit, adalah penting majikan mempertimbangkan cuti supaya mereka dapat menjaga diri dan ahli keluarga mereka. Prestasi kerja juga akan lebih baik sekiranya masalah keluarga dapat ditangani dengan baik.

Secara amnya, tekanan perlu ditangani kerana ia boleh menyebabkan kemurungan dan kebimbangan. Untuk mengelakkan perkara ini, kedua-dua pekerja dan majikan perlu bekerjasama untuk menjadikan persekitaran tempat kerja lebih harmoni. 

Related articles

Marie M

Add Your Heading Text Here

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Marie M

My personal favor

Category